Dr.Adham Baba Ditangkap Oleh Petugas PAS

Jumaat 18 Mei 2001. Kulai, Johor Baharu. Exco Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,Dr. Adham bin Baba bersama dua orang rakannya telah ditangkap pada jam 2.45 malam oleh dua orang petugas PAS di Jalan Susur Kulai, Kulai, Johor kerana mengoyakkan poster Ceramah PAS kawasan Sanai. Dewan Pemuda PAS Kawasan Senai yang diketuai oleh Sdr. Imran telah membuat intipan selama tiga malam berturut-turut untuk mengenal pasti siapakah petualang disebalik kehilangan poster Ceramah Tn. Hj. Mohamad Sabu pada 18/5/2001 di Taman Senai Utama.

Intipan dan tangkapan pada hari ini telah membenarkan tanggapan DPP kawasan Senai bahawa Dr. Adham Baba adalah orang yang terlibat dengan kerja-kerja tidak bermoral ini. Dr. Adham Baba adalah merupakan Exco Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Ketua Gerak Gempur UMNO Negeri Johor dan juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Senai. Hubungannya yang baik dengan Dato' Hishamuddin Tun Hussin telah memberi ruang yang besar kepada cita-citanya untuk menjadi Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Johor dimasa depan.

Sdr. Faridz Mohd Salleh dan Sdr. Faizul Mohd Salleh yang telah membuat rondaan telah terserempak dengan kenderaan bernombor pendaftaran JEQ 9921 dan kelihatan 3 orang pemuda sedang mengoyak poster Ceramah PAS Kawasan Senai. Apabila Sdr. Faridz menghampiri kelompok mereka, didapati salah seorang daripada mereka adalah Dr. Adham bin Baba yang juga sorang tokoh motivasi di sekolah-sekolah negeri Johor. Sdr. Faridz yang terkejut dengan kejadian tersebut telah bertanyakan siapakah yang bertanggung jawap terhadap kegiatan tidak bermoral ini. Dr. Adham Baba selaku Ketua Gerak Gempur UMNO Johor tidak merasa bertanggungjawab atas kejadian tersebut seterusnya menuding jari kepada pembantunya Sdr. Nasaruddin bin Sahat yang melakukan kerja terkutuk itu. Pertengakaran kecil telah berlaku dan akhirnya kedua-dua pihak bersetuju untuk membuat laporan polis di Balai Polis Kulai. Sdr. Faridz dan Sdr. Faizul telah membuat laporan polis pada jam 3.10 pagi. Nombor laporan ini adalah 2050/01 dan 2052/01.

Turut sama berada diBalai Polis Kulai adalah Ketua Pemuda PAS Negeri Johor Sdr. Mazlan Aliman dan Timbalannya Sdr. Dzulkifli Ahmad. Sdr. Mazlan Aliman yang terkejut denga peristiwa ini menyatakan bahawa UMNO sebagai parti berwibawa dinegara ini seharusnya tidak terlibat dengan kerja-kerja tidak bermoral ini. Adalah tidak masuk akal seorang exco pergerakkan pemuda UMNO Malaysia yang sudah tentunya mempunyai ramai pengikutnya tetapi terpaksa turun padang bersendirian membuat kerja-kerja samsing dan tidak bermoral. Katanya lagi, selaku Ketua Pemuda PAS Negeri Johor beliau tidak pernah terdetik didalam hatinya untuk mengarahkan pimpinan pemuda PAS kawasan-kawasan mengoyakkan poster ceramah atau aktiviti UMNO. Ini Membuktikan UMNOlah parti yang tidak bermoral khususnya dinegeri Johor dan Malaysia amnya.

Menurut seorang aktivis PAS, hari ini telah terbukti bagaimana buruknya wajah UMNO yang sebenar. Merekalah yang betopengkan kebaikkan apabila berdepan dengan rakyat sebaliknya melakukan kerja-kerja samsing dibelakang rakyat. Demi Kuasa segalanya boleh dilakukan. Peristiwa ini membuktikan begitu rapohnya ikatan setiakawan di dalam UMNO apabila sehingga jam 5.00 pagi ini tidak ada siapa pun pimpinan UMNO bahagian , negeri mahupun pusat turun memeberikan sokongan moral kepada Dr. Adham Baba. Suasana ini tidak berlaku dalam PAS dan Keadilan. Apabila seseorang aktivis PAS dan Keadilan ditangkap atau dikenakan tindakan oleh pihak lawan hanya beberapa minit saja Balai polis akan dipenuhi oleh mereka yang berkopiah dan berjanggung, sesekali mengucapkan tahniah dan bertadbir memuji kebesaran ilahi. Itulah ukhwah persaudaraan yang dipupuk didalam PAS selama ini.

Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai Dr. Adham Baba juga telah terlibat dengan beberapa insiden antara UMNO dan PAS di kawasan Senai. Semasa ceramah Selamatkan Wang Rakyat bersama Y.B Mahfoz Omar, Dr. Adham Baba juga telah mendesak pihak berkuasa memberi tekanan kepada program tersebut. Hasilnya Sdr. Mazlan Aliman, Sdr. Aminuddin Ayob dan Sdr. Hatta telah dilokap satu malam di Balai Polis Kulai. Beberapa bulan sebelum itu Dr. Adham Baba juga telah terlibat dengan pergaduhan kecil disebuah ceramah PAS di Taman Aman apabila seorang budak suruhan Dr. Adham telah membuat provokasi dalam ceramah tersebut. Hasilnya suatu laporan polis telah dibuat oleh Dr. Adham Baba di Balai Polis Senai. Kisah ini telah dibesar-besarkan oleh Harian Metro keluaran Selatan.

Salinan Laporan Polis dan gambar Dr. Adham akan menyusul kemudian………

 https://members.tripod.com/mahazalimtwo