Buku Dedah Tembelang Astora Jabat Diterbitkan


Sebuah buku yang mendedahkan taktik jahat Astora Jabat serta asal usulnya telah diterbitkan dan sedia berada
di pasaran bila-bila masa. Buku tersebut berjudul ASTORA, DAJAL DAN MAHAFIRAUN BAIK, ditulis oleh sdr M Jusoff Taib dengan diberi kata pengantar oleh penulis buku; Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa, MOHD SAYUTI OMAR (MSO).

Antara lain buku berkenaan menjawab pendapat dan jugawawasan Astora mengenai agama, termasuk pendapatnya mengatakan Firaun sebagai baik. Penulis juga mendedahkan taktik Astora yang sewenang-wenangnya menggunakan ayat-ayat al-Quran bagi menyokong pendapatnya dan memuja Dr Mahathir sebagai seorang pemimpin agung (mujadid).

Mudah-mudahan dengan terbitnya buku ini orang ramaidapat mengetahui tembelang dan niat jahat Astora
khususnya dalam menyerang PAS dan puak-puak reformasi.

Dan sesuatu yang mengejutkan Astora juga dikatakan sedang menulis sebuah buku untuk memburukkan Datuk
Seri anwar Ibrahim dan disebarkan didalam perhimpunan agung Umno Jun depan. Niat jahat Astora di dedahkan didalam buku ini.

Buku ini berharga RM10.00 dan diterbitkan oleh TintaMerah. Berminat sila ke kedai buku berhampiran atau
konteks nombor 016-2674672.