Ucapan Terbaru Mahathir Menghina Islam, 17 Mei 2001 

Ucapan Dr. Mahathir pada "Majlis Perjumpaan Y.A.B Perdana Menteri dengan Para Akademik IPTA"

17 Mei 2001 di Dewan Taklimat, Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perjumpaan ini adalah tertutup (tiada wartawan atau TV). Dihadiri oleh  sekitar 120 hingga 150 orang pensyarah mewakili setiap IPTA di Malaysia  (termasuk dari Sabah dan Sarawak). Majoriti yang hadir adalah berbangsa Melayu dan sebilangan kecil (sekitar 5%) bukan Melayu.


Rumusan oleh pencatat:

Tujuan Dr. Mahathir berjumpa dengan Pensyarah IPTA ialah dengan satu mesej utama iaitu JANGAN GANGGU PELAJAR DENGAN POLITIK, BIAR MEREKA TUMPU PADA PELAJARAN dan ingin meluahkan perasaan sedih beliau (itulah gaya ucapan beliau pada hari itu) bahawa usaha beliau untuk mengimbangkan kedudukan antara kaum khususnya dalam/atau melalui pendidikan tidak tercapai kerana (tuduhan melulu Dr. Mahathir bahawa) PELAJAR MELAYU TAK BERI TUMPUAN PADA PELAJARAN KERANA MEREKA TELAH DIGANGGU, DIHASUT OLEH PEMBANGKANG DAN PROFESOR DALAM BIDANG ILMU DEMONSTRASI (Dr. Mahathir bertanya adakah tidak di IPTA kursus demonstrasi dan profesor bidang demonstrasi?) 

DAN JUGA KERANA PELAJAR MELAYU SIBUK DENGAN QIAMULLAIL DAN KULIAH SUBUH YANG BERCAMPUR ADUK DENGAN POLITIK. (Tanya Dr. Mahathir: "Kalau kita tak ada qiamullail dan kuliah subuh, tak Islam kah kita?" Tambahnya lagi: "Tengok yang tidak hadir qiamullial, tapi dia sedang belajar matematik dan engineering, but they serve Islam.") Juga terdapat TEORI LAPUK dan TUDUHAN MELULU DR. MAHATHIR dengan kes di Palestin bahawa UMMAT MUSLIM SEDUNIA LEMAH KERANA TERLALU MENUMPUKAN KEPADA ILMU AGAMA DAN TAK BELAJAR ILMU LAIN (termasuk ilmu ketenteraan). 

Dalam sesi soal jawab (menjawab soalan pensyarah berbangsa Cina mengenai perlunya kursus etika di IPTA) terdapat PENGHINAAN TERHADAP HUKUM ALLAH DI HADAPAN HADIRIN YANG JUGA TERDIRI DARI YANG BELUM-LAGI-MUSLIM iaitu KONONNYA DI SUDAN DOKTOR MOGOK TIDAK MAHU POTONG TANGAN KERANA BERSALAHAN DENGAN ETIKA PERUBATAN IAITU MENYEMBUHKAN ORANG BUKANNYA MENCEDERAKAN ORANG. Ikutilah ucapan penuh dan jangan ketinggalan sesi soal-jawab kerana terdapat aspek penghinaan terhadap hukum Alllah seperti di atas. Wallah-hu-'a'-lam. 

Nota dan harapan oleh pencatat:

Ucapan telah dicatat dari awal hingga akhir tanpa henti secara verbatim (perkataan-demi-perkataan) termasuklah petikan-petikan (quotations) dengan tepat sekali. Mana-mana tuduhan melulu atau yang dianggap menghina Islam dicatat dalam huruf besar. Selama 7 jam telah diambil untuk membuat transcription (menulis semula secara tepat perkataan-demi-perkataan ucapan ini tanpa ketinggalan apa-apa) dari nota catatan, yang kerjanya lebih mudah sekiranya dari pita rakaman. (Pencatat tidak pasti perakam suara dapat diseludup masuk, kalau ada yang nipis atau dalam bentuk pen mungkin boleh). Dan 1 jam setengah untuk semakan awal hingga akhir dan menulis rumusan di atas. Oleh itu pencatat sangat berharap pembaca menelitinya dari awal hingga akhir.  
 

UCAPAN PENUH (bermula 10:50 pagi) 

Saya merasa gembira dapat berjumpa dengan tuan/puan semua kerana tuan/puan adalah antara kalangan yang akan mengambil alih kepimpinan negara pada masa depan baik dalam bidang ekonomi maupun politik. 

Ingatilah diri kita, kita tinggal dalam negara yang berbilang kaum. Ia mempunyai masalah tersendiri. Dalam bidang pendidikan kita mengambil kira juga imbangan antara kaum, iaitu ilmu pengetahuan yang dimiliki anak-anak Melayu berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Kalau tidak kerana kepelbagaian kaum, pendidikan (di Malaysia) menjadi amat mudah. Tetapi kalau kita amalkan cara yang tidak mengambil kira kaum-kaum yang lain di Malaysia, keadaan menjadi tegang, kerana suatu kaum lain pula akan ketinggalan di belakang. INI (MELAYU KETINGGALAN DALAM PENDIDIKAN) MUNGKIN KERANA MEMPUNYAI BUDAYA YANG TIDAK MENGHARGAI ILMU PENGETAHUAN. Maka perbezaan antara kaum akan menjadi lebih ketara lagi. Perbezaan etnik akan ditambah dengan perbezaan tahap ilmu dan pendidikan. Ini akan meletuskan explosion yang mempunyai implikasi sosial dan politik jika kita tidak mengimbangkan keadaan antara kaum. Dengan itu kita telah mengadakan affirmative action: diskriminasi secara positif dalam bidang pendidikan. 

Kita (Melayu) tertinggal di belakang kerana (dari faktor sejarahnya) KITA MEMANG SEJAK DULU KITA MERASA CURIGA DENGAN ILMU. Semasa British, Melayu tidak senang hati (dengan ilmu), mungkin ada kaitan dengan krisitianisasi. Sekolah seperti St. Xavier dan St. Michael menimbulkan kecurigaan orang Melayu. Sebaliknya MEREKA (MELAYU) INGIN TUMPUKAN KEPADA ILMU AGAMA.  Maka pada masa itu tak ramai anak Melayu yang menuntut ilmu ke sekolah Inggeris. Bapa saya, seorang guru, terpaksa lari dari rumah untuk pergi ke sekolah (dulunya dikenali) Brother's School (kini St. Xavier). Tak ramai anak Melayu pergi ke sekolah begini kerana dibimbangi akan masuk kristian. Anak bangsa lain memangpun mereka buat demikian, dan adalah kebanyakannya anak-anak cina. Di sekolah begini ada beberapa kerat saja anak Melayu, tetapi mereka tidak menganuti kristian kerana telah ada persefahaman oleh British bahawa jangan cuba mengkristiankan orang Melayu. Maka sejak zaman British lagi sudah wujud keadaan yang tidak seimbang dalam pendidikan.  

Selepas perang, Government English Schools mendapat penerimaan yang lebih baik dari orang Melayu. Namun bilangannya amat kecil dan beberapa orang saja anak Melayu yang dapat masuk. Bapa saya, pengasas sekolah Inggeris elit yang dimasuki anak-anak Sultan (yang kini Kolej Sultan Abdul Hamid) dibawa dari Pulau Pinang kerana pada masa itu sesiapa saja yang bersekolah boleh jadi cikgu. Namun kemasukan terhad, kakak saya pun tak boleh masuk kerana bukan anak orang besar. 

British memperkenalkan sistem persekolahan yang formal. IMBANGAN ANTARA KAUM JADI BURUK KERANA MELAYU HANYA TERTUMPU KEPADA ENGLISH GOVERNMENT SCHOOL (yang bilangannya tak banyak, kemasukanpun terhad) 

Masa saya belajar di Singapura dulu, daripada 77 orang, hanya 7 Melayu, 3 gugur, 1 ditahan one year, and that happened to be my wife, probably because of my tuition, ada yang tak betul. Pada masa itu kalau kita dapat pengaruhi kerajaan Malaya, maka kita akan dapat imbangi pendidikan antara kaum. Niat kita tak ada lain, nak tentukan anak-anak Melayu dapat catch-up dengan anak-anak bangsa lain. 

Bila merdeka. Saya merasa bangga allocation yang besar diberikan untuk pendidikan, 20% daripada perbelanjaan kerajaan. Dengan all effort to help Malays catch-up. Caranya ialah dengan biarkan mereka menumpukan sepenuh masa kepada pelajaran. 

Kita tubuhkan Mara Science Colleges mengambil contoh British Grammar School. Kita sanggup beri apa saja asalkan mereka dapat ilmu dan seterusnya dapat imbangkan (pendidikan) antara kaum. 

KITA SENGAJA TIDAK MAHU GANGGU PENUNTUT DENGAN KEGIATAN YANG TIADA KAITAN DENGAN PELAJARAN MEREKA. Tetapi setelah kita capai Merdeka kita harap penuntut tak perlu tumpu kepada masalah pentadbiran. Setelah mereka lulus dengan cemerlang, selepas itu nak bergiat dalam politik, tak apa. 

SAYA NAK KATA TERANG-TERANG, INILAH DASAR PARTI KERAJAAN: TAK KACAU PENUNTUT. Sementara itu ORANG LAIN KALAU MEREKA BOLEH AKHIRNYA MENDAPAT SOKONGAN DENGAN MENGHASUT BERMULA DARI SEKOLAH LAGI. DI UNIVERSITI (TEMPATAN) DAN LUAR NEGERI MEREKA (PIMPINAN PEMBANGKANG) PUN IKUT PERGI. 

KADANG-KADANG (BAGI PELAJAR YANG TERHASUT OLEH PEMBANGKANG) MENUNTUT ILMU-ILMU INI TAK PENTING BAGI ORANG ISLAM, YANG PENTING IALAH PARTI. SEBAB ITU PENCAPAIAN AKADEMIK TAK BAIK. 

Saya sedih usaha kita untuk memenuhi kehendak kaum kita tidak tercapai. Tetapi kita dapati pada mulanya baik. Penuntut awal (terdahulu) menghargai dan ingin teruskan dasar dan cara kita ini, mereka juga tak ingin ganggu penuntut. 

KEGANGGUAN INI SEMAKIN KUAT, PELAJAR TAK DAPAT TUMPU PADA PELAJARAN, MEREKA MENJADI AGITATED SEOLAH-OLAH NEGARA MEREKA KACAU-BILAU DAN DIKUASAI ORANG-ORANG YANG JAHAT BELAKA: FIRAUN, MAHAZALIM. OLEH ITU MEREKA TAK TUMPU PADA PELAJARAN, (GRADUAN) FIRST CLASS TAK ADA BUMIPUTERA. 

Mereka merasa tempat sudah dijamin, tak payah usaha, dapat lulus sikitpun baik dah. Mereka fikir mana-mana kerajaan pun akan memasukkan mereka ke dalam universiti. Lulusan Mara Junior College umpamanya, mereka asingkan diri dari kaum lain. Mereka tak tumpu pada pelajaran. Ini observation saya sendiri. 

Tapi sekarang ini mereka bahkan tak berminat pergi universiti pun. Sebab itu wanita lebih ramai, contohnya 63% di UiTM; dimanakah lelaki? Sedangkan di Malaysia ini 50-50 lelaki dan wanita, sama banyak. Apakah budak lelaki bodoh-bodoh belaka? Saya tak anggap Melayu lelaki bodoh. Jika kita lakukan sesuatu berulang kali kita akan mahir.  

Masa saya belajar di Singapura dulu, kitapun tak pandai: 3A out of nine Cambridge. Di Edwards College saya dikenali sebagai "pancing ikan" manakala kawan saya seorang lagi (kini Datuk) sebagai "tanam padi" ("aah tanam padi dah masuk kelas"). They looked at us as idiots. After one semester, that all changed; tapi this comes from efforts. Saya masih ingat saya belajar fizik dengan tekun. I read physics books until I was able to see, remember the page, even the illustrations; that's why I was able to teach physics in that class there. 

Malays are as good as anyone else. Tetapi ia tidak datang bergolek, kita kena baca. I am appreciative of our women. KALAU PERGI KE KELANTAN, YANG DOK MENJUAL DI PASAR-PASAR ADALAH WANITA, YANG MINUM DI KEDAI KOPI IALAH LELAKI. Perhaps something wrong with lelaki, but not mentally (I emphasize). Malays are as good if we do things repeatedly, orang buat 2 kali, kita 10 kali. 

JIKA ADA QIAMULLAIL DAN KULIAH SUBUH. TAK TAHULAH SAYA KALAU KITA TIDAK ADA QIAMULLAIL KITA TIDAK ISLAM KAH? MENUNTUT ILMU ITU PENTING UNTUK JADI PERTAHANAN ORANG ISLAM. Hari ini di Palestin. We can be sad, but NO MUSLIM COUNTRY CAN BE STRONG ENOUGH TO STAND UP (AGAINST ISRAEL), BECAUSE MUSLIMS NEVER BOTHERED TO STUDY WHAT ISLAM TEACHES TO STUDY: MILITARY STUDY, (MILITARY) INTELLIGENCE.  

TENGOK (SESETENGAH PELAJAR MELAYU) TAK HADIR QIAMULLAIL, TETAPI DIA SEDANG BELAJAR METAMATIK, ENGINEERING BUT THEY SERVE ISLAM. 

QIAMULLAIL DAN KULIAH SUBUH KALAU TUJUAN UNTUK BERCAKAP POLITIK, WE CAN CHOOSE YANG MANA NAK IKUT. 

PELAJAR LISTEN TO LECTURE PARTLY ON RELIGION AND CONDEMN KERAJAAN. THESE PEOPLE (PENGHASUT) ADALAH PENGKHIANAT AGAMA ISLAM: INGIN BANGKITKAN KEBENCIAN (KEPADA KERAJAAN) SEHINGGA PELAJAR TAK DAPAT TUMPU PADA PELAJARAN. 

Dulu kita telah membuat penerapan nilai-nilai Islam: amanah. Tetapi diajar kepada pelajar kerajaan ini tidak Islam dan perlu dijatuhkan dan disingkirkan kerana kononnya kerajaan ini tak Islam: iaitu tidak amanah. MEREKA SURUH BENCI KERAJAAN. TAK SEGAN DAN MALU SEDANGKAN INI TAK MENEPATI AGAMA ISLAM. 

Ilmu moden yang disebut ilmu sekular sangat penting untuk pertahankan orang Islam. TAK GUNA KITA HENTAM KUASA-KUASA BESAR SEDANGKAN KITA TAK BUAT APA-APA PUN UNTUK PERKUATKAN ORANG ISLAM. 

Tanpa ilmu kita tak boleh mengimbangkan kita dengan kaum lain. PELAJAR MELAYU KALAU ADA DEMONSTRASI, LILIT KAIN DI KEPALA (pencatat memahami pakai serban). At universities, do we have a course on demonstration and do we have professors of demonstration? Ini membazir, he's doing on our time. Kita subsidize. 9/10 of the cost paid by us. Dia kata ini duit rakyat. Apakah dia rela membazirkan duit rakyat? MEREKA BERKEMPEN DAN BERDEMONSTRASI, TAK TAHU BUDAYA, TAK TAHU MENGHARGAI BUDI ORANG. DIA GUNA IT UNTUK BENDA-BENDA KOTOR, TAK BAIK. 

Kita merasa amat sedih, matlamat mengimbangi antara kaum dalam pendidikan tidak tercapai. Sebab itu kita sudah ada dengar cadangan tambah kuota Melayu dalam universiti dan turunkan kecapaian kita. 

PELAJAR INI FIRST DAY IN UNIVERSITY PUN DAH LAYAK NAK MENGAJAR KERAJAAN MEMERINTAH. MAHAZALIM INI. Saya nak serahkan to see how long you can memerintah, mentadbir negara ini. 

Kita tak ada niat lain kecuali: pertama, to strengthen our nation dalam zaman globalisasi yang mencabar ini; kedua, untuk mengimbangkan kedudukan antara kaum. Bukan caranya dengan cara legislate atau turunkan sikit standard supaya Melayu boleh pass. Would you trust yourself to bedah dengan doktor yang masuk dan lulus universiti cara ini.? Saya sedih dengan cadangan dikurangkan standard. Jika dikurangkan maka anak bukan Melayu pun lebih banyak lagi boleh masuk. 

(Pencatat hanya tertinggal sedikit sahaja bahagian kepala hujah ini) Kata orang Inggeris power corrupts and absolute power corrupts absolutely

We have to produce people of quality. NAK MINTA PADA TUAN/PUAN (pensyarah yang hadir) to help us achieve this objective. JANGAN CAMPUR ADUKKAN (KULIAH) DENGAN POLITIK. (Pencatat merumuskan inilah tujuan beliau buat perjumpaan dengan pensyarah IPTA). Tentukan kita bersifat lebih tegas (strict) dengan pelajar Melayu agar mereka mendapat ilmu untuk mengimbangi kedudukan antara kaum. 

Sudah ada cadangan don’t let them (the Chinese) study while we are playing. No! We cannot stop the Chinese. 

Kenapa terlalu banyak IPTS? Kita tak boleh genggam tepung, akan keluar juga di celah-celah jari, dia ada duit pergi luar negeri. 

Kenapa kita tak boleh buat (maju dalam pelajaran seperti orang Cina) kerana kita tak mahu buat. Dulu semasa British, orang Cina masuk kerana orang MELAYU TAK SANGGUP BEKERJA. Orang Jawa kuat bekerja, sebab itu tak banyak Cina dan India di bawa masuk ke Jawa. Tetapi ini benar, budaya Banjar, lihat kampung Jawa bersih. Sebab itu kita ambil Mad Khir Toyo. 

It is not the color of the skin, it is the culture. KALAU KITA MEMPUNYAI BUDAYA YANG TIDAK MENGHARGAI PELAJARAN DAN SUKA BERPURA-PURA, (maka kita tidak akan ke mana). 

Maka adalah (terbitlah) long polimic dalam akhbar, kritikan kepada kritikan dan kritikan ke atas kritikan di atas kritikan itu. Melayu berpantun, berpolimik nombor satu, pantun adalah sesuatu yang saya tak belajar. 

We still rule this country, we have the authority in this country. Tetapi kalau kita tidak serius, kita gagal. Kita telah 400 tahun dijajah. Kalau kita gagal, kita akan dijajah semula, mungkin 450 tahun lebih nak bebas semula. We have wasted for too long, 45 years (sejak merdeka). Yang berjaya adalah kerana kita menggunakan kuasa politik. Kalau kita bersaing secara normal, kita tidak berjaya. 

Saya ini 76 tahun dah, izinkan saya berleter sikitlah. (Nak suruh Melayu buat apa yang kita rancang) SOMETIMES I WISH I COULD BE A DICTATOR. But we have decided on democracy. 

Minta maaf saya nampak gloomy (sedih) sikit pagi ini. Apa lagi buat nak mengimbangi orang Melayu , orang Islam supaya tidak tertinggal di belakang. AT MRSM UNFORTUNATELY THE MALAY TEACHERS TAK DEDICATED SEDANGKAN CIKGU-CIKGU CINA DI SITU YANG BILANGANNYA TAK RAMAI SUNGGUH DEDICATED. SAYA RASA KECEWA, bercakap (berceramah berjam-jam tentang perkara ini). Entah berapa tahun lagi boleh berkhidmat. I HAVE TO GO. YESTERDAY MY BROTHER IN-LAW (TAN SRI AHMAD RAZALI MOHAMED ALI, 72) DIED. I SAW MYSELF LYING THERE. I HAVE TO GO, I KNOW THAT FOR SURE. DAN SUDAHPUN ADA YANG MINTA SAYA BERHENTI. AT THIS MOMENT, I HAVE NOT DECIDED YET; VERY DIFFICULT TO DECIDE. 

Saya nak luah perasaan hari ini. Eloknya ini not in academic way. But this is my feeling. What we are trying to do (mengimbangi Melayu dengan kaum lain dalam pendidikan). I am very disappointed. I have to go dan hanya berdoa. 

Pendidikan adalah persoalan yang penting. Saya bila jadi Menteri Pendidikan pada tahun 1974, saya buat analisa: kita perlu guru yang baik, oleh itu kita perlukan maktab perguruan yang baik, oleh itu kita perlukan pengetua yang baik. Baru-baru ini saya telah jemput pengetua-pengetua maktab perguruan. Satu jam berapi-api saya berceramah. Tetapi dalam sesi soal-jawab first question yang mereka tanya ialah masalah elaun tak cukup. Habislah semangat saya. Maka hari ini dengan tuan/puan semua, soalannya hope not on allowance. Sekian, sekarang kita buka kepada pertanyaan. 
 

SESI SOAL JAWAB

(pencatat sengaja tidak mendedahkan nama penyoal agar tidak wujud apa-apa prejudis terhadap mereka maupun IPTA yang diwakili) 

Soalan

Dari pensyarah Pengajian Islam (pencatat rasa beliau pengampu pro-UMNO)

  1. Mengenai IPTS: Akan wujudnya konflik sosial bila renggangnya peluang pendidikan. IPTS mesti dipantau supaya berada dalam arus perdana citra kita, agar yang dilahirkan mereka berada di arus yang sama. Kalau tidak, maka berulanglah balik seperti di zaman British. Supaya mereka berjalan dengan citra kita, formula Malaysia.
  2. Mengenai lelaki Melayu dalam pendidikan: Di manakah lelaki? Ini "budaya selesa" dengan kedatangan hiburan hedonis, dulu di sebut budaya kuning, mereka melihat pendidikan sebagai secondary. Harap kementerian berkaitan memantau budaya ini.
  3. Mengenai UMNO: Minta maaflah Dato Seri, saya nak cadangkan untuk UMNO. Saya lihat dalam kepimpinan UMNO terdapat knowledge gap di antara Dato Seri dan pimpinan bawahan. Saya nak mencadangkan diperkenalkan wacana ilmu di peringkat bahagian. Itu sebab bertumbuk, sibuk fasal permit. Wacana ini boleh dimulakan dengan mewacanakan buku-buku karangan Dato Seri sendiri.

 

Jawapan

Kita boleh bagi ceramah kepada IPTS, tetapi penuntut bukan Melayu tetap lebih ramai. Sebaik-baiknya di IPTS terdapat sama banyak antara Bumiputera dan Bukan Bumiputera termasuk pensyarahnya. Jawapannya ialah kita kena keluarkan anak-anak Melayu yang sama layak. Kerajaan sanggup nak bagi scholarship bagi anak-anak Melayu yang nak pergi ke IPTS. Setiap RM1 yuran di IPTA, RM2 saja yuran di IPTS. Kalau kita (kerajaan) tolong bayar yuran pelajar Melayu di IPTS pun belanja kita (kerajaan) lebih rendah berbanding the cost of running an IPTA. Kita kena pujuk anak-anak Melayu kita pergi ke IPTS. 

Budaya hedonistik, kita sedar. Sebab itu kita perlu defence mechanisms. Budaya tak baik ini terdedah kepada semua orang, tetapi kesannya tidak kepada semua orang. Tetapi mengapakah anak-anak kita Melayu (yang kena kesannya)? Oleh itu PERANAN GURU AGAMA PENTING, SAYA SEDIH MEREKA BERCAKAP FASAL POLITIK. "Budaya selesa" wujud kerana kita tak suruh dia (anak Melayu) belajar. 

Berkenaan politik. Dulu kita tahu hanya MCA yang ada budaya baling kerusi. Orang Melayu kini dah "GAYAT" – the great philosopher Megat Junid perkenalkan perkataan ini sebab Melayu tak biasa kaya, tapi kini kaya. Saya nak blacklist semua ketua bahagian supaya tak dapat kontrak kerajaan dan yang kaya kena declare their assets. I am serious about this. Dengan ini hanya yang ikhlas akan bertanding jawatan dalam UMNO. NAK MARAH, MARAHLAH. KALAU SAYA MINTA JADI AGONG TAK BAGI. POLITIK UMNO SUDAH JADI KOTOR. KALAU ORANG TAK SOKONGPUN SAYA TAK MARAH. 

Soalan

Dari pensyarah perubatan berketurunan Cina

Kepentingan meningkatkan etika dan kemanusian, adakah perlu diajar kursus pendek mengenai etika kepada pelajar universiti. 

Jawapan

Kita ada arts dan humanities. Saya lebih tekankan yang kedua, iaitu humanities. Quality of civilization, quality of the values adalah penentu kejayaan sesuatu bangsa. Greek, Roman, Cina, dan Monggul. Orang-orang Arab sebelum kedatangan Islam berada dalam jahiliyyah – membunuh anak, tak boleh jumpa satu sama lain suka bergaduh, berperang, kalau perempuan cantik dari suku lain lalu akan diculik mereka. Tetapi setelah Islam mereka telah maju dengan tamaddun yang maju menjangkau 1400 tahun dan hingga ke Sepanyol. Saya setuju benar, kursus etika diajar diuniversiti. DI SUDAN, MAHKAMAH SURUH DOKTOR POTONG TANGAN, DOKTOR STRIKE …TAPI DIA TAK SANGGUP POTONG, DIA PUNYA ETIKA PERUBATAN TAK SANGGUP MENCEDERAKAN ORANG TETAPI MENYEMBUHKAN PESAKIT. EVEN RELIGIOUS EDUCATION PUN TAK IKUT ETIKA ISLAM YANG SEBENARNYA. KITA TIDAK AKAN BERJAYA JIKA IKUT MEREKA YANG ADA KEPENTINGAN POLITIK. Corruption has two stages, first, below the table (malu dan takut), second, above the table bila semua orang buat kerja ini dan tak perlu malu. Dalam masyarakat kita values have changed. Di Barat you do your own things, maka kini kita diajar jangan pedulikan orang lain. Dalam masyarakat kita, kita tak terima (berhenti seketika sehingga hadirin mencadangkan perkataan berikut iaitu) homoseksual. Sebab itu di Barat sudah ada mesyuarat to redefine what "family" is. But today people make all kind of interpretations. In the West, men and men living together boleh dianggap family, begitu juga single parents. Di UK ada tiga orang MP lelaki yang spouse mereka juga lelaki. Bila Presiden Nelson Mandela melawat Malaysia bawa girlfriend dia, kitapun susah, kita tak accept spouse. Tapi akhirnya mereka kahwin, alhamdulillah. 

Soalan

Dari pensyarah pengurusan perniagaan bidang pembangunan sumber manusia.

Terlebih dahulu, janganlah Dato Seri sedih sangat, sudah banyak kejayaan yang kita (Melayu) capai. Soalan saya: pensyarah harus dilanjutkan umur persaraan dan peluang menyambung pelajaran ke luar negeri untuk expose kepada ilmu-ilmu dari bangsa lain. 

Jawapan

Benar, tapi orang lain capai lebih banyak kejayaan, we have to compete. Saya setuju dilanjutkan, tetapi peruntukan wang adalah masalah. 76 tahun pun masih boleh (berseloroh), tapi kita mula dengan setahun dulu. Memangpun ada orang kata sepatutnya (interpretasi bersara wajib) ialah bila seseorang itu menamatkan umur 55 tahun; bukan menempuh umur 55 tahun. Sesiapa yang boleh tunggu, bulan Oktober ini bermula (kepada 56 tahun). Kita lihatlah, kalau baik dan kita boleh, kita akan tambah lagi. Ia melibatkan lebih 83,000 kakitangan awam. Masalahnya ialah setiap golongan merasa dia paling penting. Technician kata dia penting, maka kena naikkan gaji mereka, yang bawah daripada mereka akan menyoal mengapa jurang gaji dengan mereka besar. Kemudian yang bergaji besar pula akan menyoal mengapa jarak gaji mereka dengan technician tadi atau yang di bawah mereka semakin dekat. Begitulah, tak akan selesai. Ada golongan professional yang anggap dia special berkata, jangan compare kami dengan yang lain, kami terpenting. Tetapi bila diberi tangga gaji baru, mereka tak setuju. Bukankan dia sudah kata jangan compare? Nampaknya siapa yang tak boleh compare

Peluang belajar di luar negeri: Kita telah hantar ramai, tetapi the need to expose to other cultures tak tercapai. Di sana mereka tak boleh bercakap Inggerispun, kerana bergaul sesama sendiri. Orang Kelantan sesama Kelantan, Kedah sesama Kedah. Kita sekarang perlu selective yang mana nak hantar. Janganlah pula tuan/puan marah. Kita perlu kuasai satu bahasa dunia, iaitu bahasa Inggeris untuk mendapatkan ilmu. Jangan salah tafsir, in 1949 I am the first to write on kepentingan Bahasa Melayu. 

Soalan

Dari pensyarah Bumiputera Bukan Melayu bertugas di UNIMAS

Bumiputera bukan Melayu di Sarawak ketinggalan dalam pendidikan. 

Jawapan

Bagi Bumiputera Bukan Melayu kita tidak menentukan kuota. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan kita sebut kuota bagi India, tetapi kita bagi perhatian istimewa kepada Bumiputera Bukan Melayu. Tetapi dalam masa yang sama kita mengharapkan Bumiputera Bukan Melayu janganlah menumpukan kepada Sabah dan Sarawak sahaja, terimalah tugas di mana-mana saja dalam Malaysia, fikir seluruh Malaysia. 

Soalan

Dari pensyarah IT berbangsa Melayu

Sekarang tempoh pengajian di universiti 3 tahun saja. Hentikan semua kegiatan lain termasuk yang membengongkan mereka. 

Jawapan

Ya, kegiatan seperti MENGHASUT, kegiatan yang mengambil masa, kursus macam-macam, QIAMULLAIL, KULIAH SUBUH. Tapi TAKKAN SEMUA NAK JADI ULAMAK, AKAN BERKELAHILAH ANTARA MASING-MASING KERANA PENDAPAT MEREKAPUN BERBEZA. Cukuplah dulu sudah dekat pukul satu, time makan tengahari. Sekian. 

Tamat Ucapan: 12:50 pagi (setelah 2 jam) dan diikuti jamuan tengahari. Ada juga segelintir yang mengambil kesempatan bergambar dengan PM sejurus sebelum beliau beredar dari dewan jamuan. 1:50 petang bersurai.