PENAHANAN PEMIMPIN KEADILAN DAN AKTIVIS MASYARAKAT

Seperti mana yang dimaklumkan penahanan beberapa orang pemimpin Parti dan sejumlah aktivis masyarakat telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di mana seseorang itu boleh ditahan tanpa dihadapkan ke muka pengadilan.

 

Alasannya adalah semata-mata ‘ada maklumat’ yang mengatakan mereka merancang untuk mengadakan ‘Demonstrasi Militan’ pada 14 April 2001, adalah satu tindakan yang ‘BACUL’ dan ‘KEJI’. Tindakan penangkapan mereka adalah tidak berasa dan zalim.

 

Perlaksanaan ISA adalah satu tindakan yang bercanggah dengan HAK ASASI MANUSIA dan merupakan undang-undang yang lapuk yang sudah tidak relevan lagi di alam siber ini.

 

Tindakan ini menunjukkan betapa terdesaknya KERAjaan pemerintah hari ini untuk memadamkan semangat rakyat daripada bangkit menentang kemungkaran yang mereka lakukan.

 

Sebagai rakyat yang perhatin, kita seharusnya bangkit dan menggerakkan seluruh rakyat menghantar surat bantahan dan menuntut mereka yang ditahan supaya dibebaskan tanpa syarat dengan segera kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

 

Sila alamatkan SUARA KERAMAT RAKYAT kepada :

Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri,
Bangunan Perdana Menteri,
Blok Utama,
62520 Putrajaya
Telefon : 03-88881957
Fax : 03-88883444
E-mail : ppm@smp.jpm.my

 

Menteri Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri,
Jalan Dato’ Onn,
50546 Kuala Lumpur
Telefon : 03-2309344
Fax : 03-26936122
E-mail : irg@kdn.gov.my

 

Perhatian dan tindakan segera dari RAKYAT PRIHATIN sangat diharap dan dihargai. Mudah-mudahan usaha kita ini akan memberi tekanan kepada pihak berkuasa untuk membebaskan mereka dari terus dizalimi.

Walaubagaimana pun perlu diingatkan, tanpa pemimpin, RAKYAT adalah HAKIM NEGARA dalam menentukan siapa yang berhak memerintah atau dijatuhkan dengan cara terhormat.

Sekian. Terima kasih.

RAKYAT BERJIWA MERDEKA