Kuota  Yang Penuh  Tanda tanya
(Malaysia’s  Quotas  Proving Costly)

Oleh:  Lynett  Ong   Asia Wise

Artikel  B. Inggeris ada di  Webantu

Pada awal Mei, Malaysia telah  mencetuskan satu  perdebatan  yang dianggap  menyuntik  perasaan  - ia menyangkuti   sistem  kuota  kemasukan  universiti  yang  dianggap sebagai satu bentuk tindakan  afirmatif  untuk  masyarakat majoriti  Melayu.

Debat bermula apabila  600 pelajar yang paling  bistari di negara  ini  - ada yang mendapat  10’A’ dalam peperiksaan menengah mereka  - telah  dinafikan  peluang  memasuki  universiti awam.  Calon-calon itu  selalunya  dinilai  juga  akan  kelakonan mereka di sekolah,  pembabitan dalam  aktiviti  kokarikular  dan  - asal  etnik mereka,  dan di  situ  mereka dikatakan menemui jalan buntu.

Rakyat  bingkas  kerana  pada  waktu  yang  sama  dikatakan  lebih  7,000  tempat  yang dikhaskan untuk  pelajar melayu  telah  tidak  dipenuhi  disebabkan ketandusan calon berkelayakan  untuk mengisi  kekosongan  ini.  Dalam satu  tindakan yang  belum pernah  terjadi, perdana menteri  Mahathir Mohamad telah membuat  pengumuman bahawa   kuota yang masih  kosong itu  akan  diisi oleh  pelajar  Cina dan India  yang  berkelayakan. Keceriaan yang dicetuskan oleh pengumuman itu   mengering  dengan cepat  apabila secara tiba-tiba kementerian pendidikan  mengumumkan  semua  kekosongan itu sudah  pun  diisi.

Walaupun   dasar kerajaan itu  membuatkan  dana  yang banyak terbang keluar negara,  sistem kuota  itu  telah  menguntungkan Australia.  Seperti  juga  United  Kingdom,  Australia  merupakan  destinasi  popular  kepada  Cina India  dan  melayu   yang dinafikan  peluang memasuki  universiti tempatan. Malahan,  Australia  kini menganggap pendidikan  sebagai  satu  ‘industri pengeksportan’.

Sambil menyepikan  potensi  pendidikan  Australia  yang  sudah pun  kini  mempunyai  jaringan  dan cawangannya  di Malaysia, rakyat  Malaysia   memang sanggup  berbelanja  besar   di Australia mengikut   anggaran konservatif  kami.  Sebagai  purata seorang  rakyat  Malaysia membelanjakan  sekitar A$12,000  sebagai  kos  tuisyen  dan  ditambah   lagi  A$12,000 sebagai kos  belanja harian. Apabila dikalikan (darab) semua itu  dengan  18,000 pelajar yang memasuki  Australia  setiap tahun,  ia memberikan jumlah   aliran kasar  Malaysia  sekitar 768juta  ringgit (setahun).     Terdapat angka  yang sama pelajar Malaysia  yang  belajar di negara  lain termasuk Amerika Syarikat (11,500) dan U.K., jumlah keseluruhannya tentulah berganda lagi  hingga  1.5 bilion  setiap tahun.

Terdapat perbelanjaan   jenis lain  lagi.  Yang paling   kecil ialah  sistem  pengajian  paling  tinggi  yang  merangkak berbanding  kelajuan  keupayaan  pelajar bistari  di  negara ini. Bagaimana pula  peraliran  kepintaran  apabila pelajar yang    menuntut  di luar  negara terus  menetap  di  sana   kerana  mahukan  kerja  yang lebih menjamin  gaji  pendapatannya. Ramai  di kalangan mereka  terus  kekal  menetap  di luar negara tanpa pulang  ke   negara  kelahiran  mereka.

Satu  tahun yang  lalu, seorang pengendali  jawatan kosong secara online (talian siber)  telah  mengalukan  usaha kerajaan   menarik  pakar IT  yang  berbakat  kerana  “ aliran  keluar  kepakaran  yang  sudah  mencapai  tahap  yang  serius. "Mengikut  MDC  (Multimedia  Development Corporation)  yang  menyelia  projek  Lebuh raya  Multimedia  kerajaan yang  banyak  digembar-gemburkan itu,  projek  itu  sahaja  memerlukan  seramai  1000,000  pekerja  mahir  menjelang  2005.  Anggaran ini  telah diterbitkan  sebelum  terkuburnya  syarikat  dotcom. Namun,  untuk  mengisi  setakat  setengah  keperluan  ini  tanpa  penghijrahan  pakar  IT  yang  pintar dan  tanpa  mengoyakkan    tabung perbendaharaan  negara   memang  semakin sukar kalau  pun tidak  merupakan satu  kerja  yang  mustahil.

Baru-baru  ini  kerajaan  cuba memancing  agar warga  Malaysia  yang pakar  IT  pulang  bekerja  di negara kelahiran sendiri  dengan  memberikan  sabsidi dan   pengecualian cukai  - panggilan  itu   nampaknya   dihalakan  kepada telinga  yang sudah  lama tuli.

Walaupun  milik  Melayu  kepada  aset korporat sudah  pun naik  daripada 2.4%  kepada  19% dalam tempoh  30 tahun   kesan jasa DEB  dan   rencana sambungannya,  terdapat  lebih besar  jurang  pendapatan  di kalangan  mereka yang menikmati   faedah  sistem  itu.  Mereka yang  untung  adalah  para  kroni  sedangkan  yang  termenung  mengidamkan  kenikmatan mereka   adalah  golongan majoriti bangsa  yang  sama.

Sistem  keistimewaan  pendidikan  ini tidak pun  berkesan  seperti yang  diharapkan. Terutama sekali  pada  perenggan pertama   tempoh   dipraktikkan tindakan  afirmatif itu.   Mengikut  kajian  1985  yang memantau   dasar  pemberian biasiswa  kerajaan  (Mahmet &  YiP) pelajar Melayu  daripada   keluarga  berpendapat rendah  (65% dari  jumlah keseluruhannya)  menerima  HANYA  14 persen  biasiswa untuk  belajar  di   universiti, sedangkan  17%  daripada   kumpulan yang bergaji  besar  menerima lebih  setengah   daripada  kemudahan  yang  disediakan.

Inilah yang membuatkan ramai  Bumiputera  yang  meluat. Tiga puluh  tahun  ‘pok-amai-amai’  telah  mencerna  satu  pemikiran    ‘masuk-pintu- belakang’  seperti  yang  disebut  oleh  satu  tajuk  pengarang  Utusan  Malaysia baru-baru  ini.  Sistem kuota  itu  pun  telah  melunturkan  moral  dan menyebabkan  wujudnya  penyesuaian  piawaian akademik  di  institusi pengajian  tinggi. “Apa  jua   yang akan terjadi,  mesti ada  60% bumiputera,  namun,  sebalik  kemudahan  kuota  itu,  universiti tempatan  masih sukar  mencari calon Melayu  untuk    fakulti sains  dan  kejuruteraan.” Demikian  yang ditulis oleh seorang intelek Melayu  yang kini menetap  di  Amerika,  Dr. Bakri Musa dalam bukunya  ‘The  Malay  Dilemma  Revisited.”

Dengan  munculnya  sokongan  tradisi  yang pecah-bersepai   ekoran  kontroversi yang melibatkan  Anwar  Ibrahim, apa lagi dengan keadaan  ekonomi  merudum yang  terus  berlegar-legar,  Mahathir  terpaksa  menjadi  pakar  meniti  tali  yang regang . Dia terpaksa menunjukkan kecenderungan  memancing undi  orang  Cina  yang  amat diperlukan pada pemilu  yang  akan  datang. Di waktu  yang  sama  dia  terpaksa  beralah  dalam banyak  hal  kerana  takutkan  tersinggungnya  perasaan  konservatif  Melayu  yang  merupakan akar umbi  UMNO.  (Itu pun kalau-kalau  mereka masih  berada di   situ-penterjemah).


Tamat

Diterjemahkan oleh SPAR  03.