MANA SATU : FATWA ATAU KESIMPULAN IJMAK ULAMA ?

 

Assalamualaikum whmtbh.!

PERTANYAAN

KAMI TELAH DENGAR RIBUAN MASALAH YANG DIHADAPI OLEH AGAMA ISLAM. KEBANYAKAN DARIPADA KITA SERING MENYALAHKAN ORANG LAIN. KITA KURANG CARI KESALAHAN DIRI SENDIRI.SUMBER HUKUM DALAM ISLAM SEPERTI UMUM DARIPADA KITA MENGETAHUI IALAH :

1.Al_quran
2.Hadis
3.Ijmak ulama
4.qias.

(1) Bukankah begitu kedudukan sumber hukum dalam Islam?

(2) Persoalannya dari sumber mana lahirnya sesuatu fatwa dalam masyarakat Islam yang bertentangan sekarang ini?

(3) Apakah itu pendapat sendirian ? kumpulan ?

(4) Jadi, siapa yang menentukan segala macam fatwa itu ?

(5) Siapa mereka itu ? Apa latar belakang dan kelayakan mereka untuk menyatakan fatwa dan lain-lain.

(6) Apakah fatwa dan keputusan itu lahir daripada empat sumber yang tersebut di atas iaitu terutama dari kesefahaman seluruh ijmak ulama ?

(7) Jika Ijmak Ulama yang memutuskan sesuatu hukum, fatwa dan pandangan maka siapa-kah sebenarnya ulama yang sah, diiktiraf oleh masyarakat Islam yang boleh duduk dalam majlis berkenaan ? apa ciri-ciri mereka?;

(8) dan siapa pula tidak sah atau tidak layak diambil fikiran mereka ?

(9) Siapa menentukan seseorang itu bertaraf ulama ? Universiti ? Jika universiti atau maktab, maka apa jenis universiti dan maktab yang sah ? [Di Eropah dan di Amerika banyak sekali universiti dan maktab yang memberikan 'pendidikan'Islam dengan ijazah sampai ke peringkat Ph.D. Penyelia mereka kebanyakannya terdiri daripada orang bukan Islam.] Universiti dalam dunia hari ini dikawal oleh pemberi wang dan orang politik ; ia bukan lagi dikuasai oleh ilmuan ; ilmuan makan gaji dan tunduk kepada penguasa. Penipuan ilmu sedang berlaku dengan hebat di mana- mana. Itu yang dirasakan,,,Allah juga Maha Mengetahui]

(10) Bagaimana pula bagi mereka yang tidak dapat pendidikan di universiti atau di maktab, tetapi mereka dianggap ulama oleh masyarakat kerana ilmu dan warak, kuat beribadah,terlihat kurang dosanya ?.

(11) Persoalan lain ialah tentang pimpinan dan syaratnya. Apa syarat untuk menjadi pemimpin terutama yang berkaitan dengan landasan perjuangan Islam ?. Jika dikaitkan dengan Ayat dalam surah Yasin ayat 21 : ~Itttabi-uu-man laa yas alukum ajran wahum muhtaduun~. Ikutilah orang-orang yang tidak mengharapkan upah(menetapkan bayaran atau gaji?) dari mu itu, sedangkan mereka itu beroleh pertunjuk (pimpinan)'

(12) Jadi bagaimana ulama yang bergaji boleh layak untuk duduk dalam MAJLIS IJMAK ULAMA yang memberi fatwa itu dan ini ?

(13) Apakah mereka itu mutlaq sah dengan segala ciri yang ditentukan oleh Al_quran dan hadis. ?

(14) PERSOALAN KAMI IALAH SECARA ILMIAH DAN UNDANG-UNDANG MASYARAKAT ISLAM MASIH KESAMARAN UNTUK MENGERTI DAN MENENTUKAN :
(A) Apa itu ADDIN dan ISLAM ?
(B) SIAPA itu ULAMA [jamak]sebagai pewaris nabi ?

Sekian Al-qaf dan kawan memberikan pertanyaan dan pandangan. Semoga penulisan di atas boleh memberi Pembetulan fahaman kepada kami atau merupakan pula satu "Kejutan" yang berjuang demi kemurnian pengajaran Islam.

Dr. AQ





 


 

        
Ke atas     Tarikh artikal diterbitkan : 11 Jun 2001