12 June, 2001 7:38 AM

Kebesaran Allah mendedahkan tersendiri.

Bagi umat Islam, Allah adalah yang maha besar dan maha berkuasa, dan kami memang yakin. Kalau tak yakin maka kafirlah kita. Saya ingin memetik perkataan dari sesetengah orang UMNO. "Cuba tengok, orang PAS/BA dok buat sembahyang hajat, mana ada kesan pun, malah Mahatir masih gagah berjalan, sebaliknya Anwar yang merengkok dan bertambah sakit" ...

Kenyataan tersebut memang betul pada mata kasar, mahatir masih boleh berjalan dan anwar makin sakit.

Allah tidak pandai berbohong, Allah akan makburkan permintaan umatnya yang taat dan soleh tambah-tambah lagi yang dianiaya. Cuba lihat, bagaimana Allah telah memberi balasan kepada orang-orang yang takbur.

UMNO, hari demi hari terbongkar dengan tersendirinya akan nanah yang ditanggungnya. Dari perbuatan pemimpin-pemimpin UMNO dengan tak secara langsung Allah telah membukan hati mereka untuk berterus terang akan perkara yang sebenarnya. Cuba anda fikir dan tafsirkan akan perkara-perkara berikut macam mana ianya terdedah, dan siapa yang mendedahkan.

1) Macam mana terdedahnya percakapan mahatir tentang janggut nabi dan mengatakan TG D'harun Din jual air jampi - dan itu lah sebenarnya isi hati perut mahatir yang telah didedahkan oleh ALLAH.
2) Bagaimana pemecatan DSAI dan tuduhan fitnah oleh mahatir - Allah telah dedahkan siapa sebenarnya mahatir.
3) Isu wang ehsan - lihatlah Allah telah menzahirkan hati pemimpin-pemimpin UMNO yang sebenar.
4) Perbicaraan DSAI - lihat bagaimana Allah telah merancang dengan begitu baik sekali untuk mendedahkan segala onak dan onar pemimpin negara, sebegitu selekeh sekali moral mereka. Lihat Allah telah menzahirkan niat dan hati mereka-mereka dengan tingkah laku yang amat memalukan.
5) Kes penangkapan 10 wira rakyat - bagaimana Allah telah mendedahkan betapa rendahnya moral pemimpin yang bertindak. dari tuduhan ada simpan alat militan sehingga ada buat sepakatan dengan regim pemisah negara jiran.
6) Rasuah wang dalam pemilihan UMNO - Allah telah mendedahkan keadaan sebenar dalam UMNO, tidak ada paksaan dari sesiapa tentang rasuah wang. pemimpin UMNO sendiri yang mendedahkan. Tidak ada sesiapa yang memaksa fauzi dari Beserah untuk mendedahkan keburukan politik UMNO. Allah maha kuasa.
7) Perletakan jawatan oleh daim - siapa yang memaksa? , kalau tidak Allah yang membuka hati daim yang sebenar.
8) Isu perpaduan Melayu - Allah telah merancang perkara ini dengan baik sekali agar rakyat dapat melihat betapa busuknya hati pemimpin-pemimpin. Kunun perpaduan melayu, Allah lebih mengetahuai sebenarnya.
9) Gerakan mansuh ISA- Allah telah memperlihatkan kepada rakyat akan keadaan sebenar dalam BN.
10) debat UMNO-PAS - Siapa yang suruh buat? untuk apa?, lihat kekuasaan ALLAH.
11) dan banyak lagi .. saya yakin satu hari nanti, jika rakyat masih juga tidak berfikir dan tidak peduli akan kekufuran yang dilakukan oleh pemerintah Allah akan turunkan bukti yang lebih dasyat lagi. Ini semua amaran Allah agar kita umat yang taat padaNYa berfikir dan ambil kisah dan bertindak dengan sepatutnya yang di suruh oleh Allah azawajala. Adakah kita menunggu amaran/bala yang keras dari Allah baru kita nak sedar.

Lihatlah betapa selekehnya pemimpin-pemimpin UMNO dalam soal kesucian Islam. Dengan keselekehan inilah Allah telah mendedahkan isihati perut mereka yang sebenar dengan cara yang amat halus sekali. Kezaliman dan ketidakadilan, pemerentahan mereka didedahkan tersendiri oleh mereka.

Oleh itu perjuangan menetang kezaliman, ketidakadilan dan kekufuran wajib diteruskan agar kita tidak akan terpalit sama dengan kemurkaan Allah nanti. 16JUN 2001 ini genaplah DSAI disiksa dan dianiaya dengan fitnah brengset oleh manusia yang tidak takut dengan balasan Allah selama 1000 hari.

Apakah kita masih ingin menunggu sampai 2000 hari, 3000 hari atau sampai DSAI mati dengan penganiayaan mereka? sehingga Allah turunkan bala yang jelas kepada kita semua?. Tidakkkkkkk.

Kita akan tetap tekan mereka dengan cara kita. walaupun kita tahu mereka akan tekan kita dengan cara mereka. Adakah tekanan mereka lebih perit dari tekanan Allah nanti?.

Ayuh kawan dan sahabat semua, rancangkan sesuatu untuk 16JUN ini. Kita teruskan dengan agenda yang lebih hebat. Kita bangkitkan seluruh rakyat yang sedar akan kezaliman mereka. Sebagai cadangan: 16JUN ini adakan perhimpunan aman dengan berani di:

1) Kuala Lumpur dan Selangor:

a) Di depan Sogo dan sepanjang Jlan TAR.
b) Di Pasar Seni
c) di KLCC
d) di depan Masjid Kg. Baru
e) Di depan bangunan Ibu pejabat MayBank depan perhentian pudu raya.
f) Klang depan Perhentian bas KL-Klang
g) Adakan konvoi kereta dan motor sepanjang lebuhraya:

ø Persekutuan, buat perhentian berkumpul di plaza tol ke Subang jaya.
ø Lebuhraya Utara-Selatan - perhentian berkumpul di perhentian jejantas Sg Buluh.
ø Lebuhraya seremban - perhentian berkumpul di plaza tol Sg. Besi.
ø Lebuh raya Karak - Dari plaza tol 1 Gombak konvoi dan pusing di plaza tol kedua bentung dan perhentian berkumpul di plaza tol gombak (selepas plaza tol).

Langkah-langkah/ cara=cara untuk berkumpul saya akan terangkan kemudian, ini adalah strategi kita. Jika cadangan saya ini dipersetujui ramai.

Salam Reformasi.
Allahhuakbar ... Allahuakbar .... Allahuakbar.

Mojek ...