KENYATAAN PEMIMPIN UMNO YANG MEMPERSENDA SYARIAT "Apabila hukum rejam
batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya
ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan
ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh
meneruskan kerja." " Pada pendapat saya,
undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih
baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." "Saya cabar Kelantan
laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam." "Hudud tidak boleh
dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." "Al-Quran perlu
ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini." "Saya akan mempastikan
bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan
melaksanakan hukum hudud." "Kerja yang
paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir." "Sukar dilaksanakan
hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". "Kita (Kerajaan Pusat)
akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." Melaksanakan hukum hudud
sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan
ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam." "Bukan kerana
dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok
banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak bermakna
mereka tidak Islam." "Perlaksanaaan
hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh
bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya
dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak
dikenakan." "Jika mereka hendakkan
sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah
mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika
tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh
buat atau tidak." "Kerajaan
Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan
politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum
hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu
menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan
politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada
negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu." "PAS tidak akan
dapat melaksanakan hukum itu kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan
Lord Reid." "Bagaimana kita boleh
maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka
mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum
hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang
kaum dan agama." "Sebarang undang-undang
yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam
boleh dianggap sebagai undang-undang Islam." "Jika semua urusan
selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."
|